UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :M Music
ISSN :2232-1020
Main Author :Mohamed Karim Kamarulzaman,
Title :Inspirasi penciptaan komposisi muzik Ghamuhyi: sebuah karya muzik baharu bersumber dari muzik tradisional ghazal Melayu Johor (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Pencetus munculnya inspirasi komposisi GhaMuhyi dapat dikatakan sebagai permasalahan utama artikel, iaitu kelompangan komposisi muzik Ghazal Melayu Johor (GMJ) kini dianalogikan seperti sebuah pohon yang ditutupi oleh semak belukar. Kedua, tema-tema keTuhanan sering dianggap hanya sesuai untuk disalurkan terhadap kesenian Islam popular sahaja seperti nasyid, qasidah, solawat dan lain-lain. Ketiga, kekuatan muzik dalam menyampaikan pesanan bersifat numerik jarang sekali menggunakan Al-Qur’an sebagai sumber muzikal dalam teknik komposisinya. Keempat, pandangan dikotomi tentang muzik absolut dan muzik program sering menjadi permasalahan dalam kreativiti penciptaan muzik padahal dikotomi tersebut tidaklah bertujuan membezakan kualiti muzik yang dihasilkan. Kelima, muzik GMJ sebagai muzik hiburan dahulunya telah gagal mendapat tempat sebagai muzik popular di era masakini walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam industri muzik Malaysia. Oleh itu, objektif komposisi karya ini adalah yang pertama, menghidupkan kembali “pohon” GMJ supaya dapat menghasilkan “buah-buah” idea muzikal yang baharu dan juga memangkas “semak belukar” lagu-lagu langgam GMJ supaya tidak tertutup lagi. Kedua, mengekspresikan Al-Muhyi sebagai tema keTuhanan yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam kesenian tradisional Melayu seperti GMJ tanpa perlu merubah bentuknya menjadi kearab-araban. Ketiga, menyampaikan pesanan muzikal yang bersifat numerik melalui hubungan nada-nada dengan huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Keempat, menciptakan muzik GMJ baharu yang mengandung nilai absolut dan program secara bersamaan. Kelima, menonjolkan keunikan muzik GMJ melalui pendekatan estetika popular tanpa menyederhanakan elemen tradisionalnya. Kaedah penciptaan yang dilakukan adalah secara tidak teratur (zig-zag) dan dibahagikan kepada kaedah mewujudkan muzik dan kaedah mewujudkan persembahan muzik

References
1. Al-Kindi & Ikhwan Al-Shafa’. (2005). Estetika Islam – Menafsir seni dan keindahan. (Terj. Abu Bakar Irfan). Bandung: Mizan. 2. Anwar Din. (2007). Asas kebudayaan & kesenian Melayu. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Bambang Sunarto (2013). Pengetahuan dan penalaran dalam studi penciptaan seni. Prosiding Seminar Nasional, Pascasarjana Institut Seni Indonesia Surakarta (hal. 17). Surakarta: ISI Press. 4. Bambang Sunarto. (2007). Epistemologi penciptaan seni dalam Guntur (Ed.), Metodologi penciptaan seni: Dari Paradigma hingga metode (hal.13-38). Surakarta: ISI Press. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. (2015). Kamus bahasa Melayu online. Diperolehi dari http://prpm.dbp.gov.my 6. Djelantik, A. A. M. (1999). Estetika sebuah pengantar. Yogyakarta: Masyarakat Seni Pertunjukan Indonesia. 7. Fiske, J. (1995). Memahami budaya populer. (Asmah Bey Mahyuddin, terjemahan). Yogyakarta: Jalasutra. 8. Iskandar AG Soemabrata. (2007). Pesan-pesan numerik Al-Quran. Jakarta: Republika. 9. Jack, S. & James Eversole. (1977). The art of sound: An introduction to music. (2nd ed.). New Jersey: Prentice-Hall. 10. Jakob Sumardjo. (2000). Filsafat seni. Bandung: ITB, 2000. 11. Kamarulzaman Bin Mohamed Karim. (2015). GhaMuhyi (Disertasi Ijazah Kedoktoran yang tidak diterbitkan). Institusi Seni Indonesia Surakarta, Surakarta. 12. Lailan Machfrida. (1998). Kajian muzik ghazal Melayu. Johor Bahru: Yayasan Warisan Johor. 13. Lorens, B. (2005). Kamus filsafat. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. 14. Mack, D. (1995). Apresiasi musik populer. Yogyakarta: Yayasan Pustaka Nusatama. 15. Prier, K.E. SJ. (2009). Kamus musik. Yogyakarta: Pusat Muzik Liturgi. 16. Remy Sylado. (1977). Muzik Pop Indonesia: Suatu kekebalan sang mengapa dalam PRISMA, Kebudayaan Pop: Komersialisasi Gaya Hidup 6, 23-32. 17. Rendra, W. S. (1983). Mempertimbangkan tradisi. Jakarta: PT Gramedia. 18. Shahrir Kamil. (2015). Haji Musa bin Yusof (Pak Lomak): Pendeta Ghazal Melayu Johor. Diperolehi dari http://shahrirkamil.blogspot.my. 19. Sudjoko. (Jun 1977). Kebudayaan Massa. PRISMA, Kebudayaan Pop: Komersialisasi Gaya Hidup, 6, 3-12.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)